PENGENALAN SYARIKAT DELTA ADVENTURE mempunyai pengalaman merancang, mengendali serta mengurus program perkhemahan , kem motivasi dan program jatidiri atau team building. Bermula dengan sebuah persatuan rekreasi, pihak pengurusan persatuan telah bermuafakat dan bersetuju untuk mendaftar nama syarikat iaitu Performance Intergreted Team Adventure tanpa perubahan ahli dalaman. Kumpulan kami terdiri daripada anggota yang berpengalaman dalam semua bidang program yang ditawarkan dan mempunyai minat pada suasana alamsemulajadi, mencabar dan lasak ( outdoor adventure / indoor training ) Performance Intergreted Team Adventure adalah organisasi yang merancang, mengendali serta mengurus program-program perkhemahan motivasi, kem bina semangat, program jati diri, team building, kursus asas perkhemahan dan kursus-kursus lain. Dengan setiap program yang dijalankan akan dipimpin dan diawasi sepenuhnya oleh jurulatih / kakitangan yang terlatih, berkemahiran dan berpengalaman supaya program dapat dijalankan dengan lebih lancar dan mencapai objektif program disamping mendapat kepuasan dari pihak peserta. Selain dari program perkhemahan, program motivasi , jatidiri dan team building, kami juga mengendalikan indoor / outdoor, program berbentuk percutian dan program hari keluarga yang menjurus kepada aktiviti perkhemahan didalam suasana hutan hijau. Disamping menghidupkan suasana yang gembira, peserta dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Program ini juga dibentuk untuk memberi pengalaman baru kepada setiap peserta yang akan memberi sumbangan yang positif kepada organisasi. Kebanyakan pelanggan kami terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dan menengah, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, IPTA dan IPTS, kilang-kilang dan lain-lain lagi. DYNAMIC ELEMENTARY ADVANCE TEAM @ DELTA ADVENTURE
Wednesday, May 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment