Salam 1 malaysia, selesai sudah sebuah program anjuran KELAB BELIA INTEGRASI GOMBAK (KELABING) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan daerah gombak..
Tuesday, December 22, 2009
Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN)
author DELTA ADVENTURE at 12:58 AM 0 comments
Wednesday, October 28, 2009
YOUTH JAMBOREE : SUMMER CAMP
author DELTA ADVENTURE at 3:37 AM 0 comments
Sunday, October 25, 2009
Di MAJLIS RUMAH TERBUKA REBUTIA+KELABING+484 MOTORSPORT
author DELTA ADVENTURE at 3:02 AM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
HAKIKAT FITRAH SEBENAR-KEBESARAN ALLAH S.W.T.
author DELTA ADVENTURE at 7:58 AM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENYAYANG LG MAHA PEMURAH
author DELTA ADVENTURE at 10:34 AM 0 comments
Monday, September 14, 2009
KISAH ABABIL DAN TENTERA BERGAJAH ABRAHAH
Banyak riwayat yang tersebut dalam kisah tentera bergajah ini. Ada riwayat yang menyatakan tentera bergajah hancur kerana wabak cacar yang dihantar oleh Allah melalui kuman yang dibawa oleh binatang atau serangga yang boleh terbang seprti lalat. Ada riwayat juga menyatakan yang burung membawa 1 batu kecil pada paruh dan dua batu kecil pada kedua-dua belah kaki lalu dilontar kepada tentera bergajah dan batu itu hanya sebesar kacang dal.Kemusykilan pula timbul bilamana dikatakan bagaimana tentera bergajah boleh berada di kawasan padang pasir?Sedangkan pada masa tersebut binatang tunggangan adalah terdiri daripada kuda, unta dan keldai. Ada yang menyatakan tentera bergajah itu datang dari Afrika. Adakah gajah mampu bertahan di kawasan padang pasir dengan badannya yang besar?Tidakkah gajah akan terjerlus ke dalam pasir kerana kakinya tidak sesuai untuk berada di padang pasir?Hakikatnya ramai manusia yang cuba mempertahankan hujah masing-masing. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Ada sesuatu yang tersirat yang Allah cuba sampaikan dalam kisah ini.Jika kita lihat dari sudut ketenteraan, tentera bergajah adalah sebuah tentera yang kuat. Di mana pada waktu itu tidak ada yang mampu menandingi kekuatan seekor gajah. Dan gajah adalah terdiri daripada haiwan darat. Maka tentera bergajah ini adalah sebuah tentera darat yang sangat kuat.Tetapi bagaimana tentera darat ini dikalahkan? Bila kita lihat pada surah Al-Fiil ayat ke-3, Allah mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong(Ababil).Maksud Ababil adalah berbondong-bondong. Dan burung itu melemparkan mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar seperti yang terdapat dalam ayat ke-4. Jadi apa yang hendak dimaksudkan dengan burung dan batu yang terbakar ini?Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara.Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Dilihat dari sudut ketenteraan burung yang berbondong-bondong ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar.Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.Kisah tentera bergajah dan burung ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah.Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran.Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Maha Besar Allah. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Jadi kita lihat balik keadaan sekarang. Siapa yang terlebih dahulu mengaplikasikan Al-Quran ini. Sama-sama fikirkan.
author DELTA ADVENTURE at 11:24 AM 0 comments
ASHABUL KAHFI
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
"(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
"Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
“Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
“(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
“Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.
Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)
author DELTA ADVENTURE at 8:50 AM 0 comments
Wednesday, September 9, 2009
SATU MALAYSIA
Bila ku dengar Irama lagu yang satu Hati bertambah sayu Terkenang kampung halamanku Nah ! Di sini ku berdiri Kau akan melalui Ku pernah merasai Heyy ! Ahh !! Garam pernah ku rasa Intan dengan permata Sudah dapat dibeza Kematanganmu juga nampak dewasa Langit yang ku junjung Bumi yang ku pijak Irama rentak lagu Tiada bezanya Ikutilah rentakku Hayati irama Berganding kita bersama Kini kita berdua Megah meranjau masa Engkau dan aku sama Tiada sempadan usia Jejak dan langkahku Kekadang keliru Menangis tiada lagu Tunjukkanlah haluan Agar tidak tertunggu Heyy ! Kini tiba ketika Joget zapin dan inang Kita akan berdendang Langkah kiri dan kanan Bersama tiada bezanya Heyy ! Kini tiba ketika Joget zapin dan inang Kita akan berdendang
author DELTA ADVENTURE at 11:07 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
orkid-kehidupan manusia
author DELTA ADVENTURE at 10:41 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
SENI HEBAT
author DELTA ADVENTURE at 11:34 AM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
KEBENARAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W.
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam…Sama2lah kita mengamalkannya…….WallahuA’lamSabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.====>7 SUNNAH NABI YG PERLU DIJAGA
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat, jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima, jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
author DELTA ADVENTURE at 10:12 AM 0 comments
Nilai Murni Orang Barat Yang Boleh Kita Contohi...
PENDAPAT 1
salam.. Kalau kita mengambil nilai murni orang barat yang bukan islam maka bererti secara tidak langsung kita telah menjadikan mereka sebagai pemimpin kita. seperti yang di boldkan Al Maidah (5) -Verse 51-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ Hai orang-orang yang beriman,"janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. DEKATILAH PARA ULAMA.....AMBILLAH NILAI MURNI DARI MEREKA
PENDAPAT 2
MULA MULA KITA AMBIL CONTOH YANG BAIK DARI DIAORANG LEPAS TU KITA MENGKAGUMI MEREKA LEPAS TU KITA TERTANYA TANYA AGAMA MEREKA LEPAS TU DALAM JANGKA PANJANG KITA MUNGKIN IKUT AGAMA MEREKA CONTOH NILAI MURNI SUDAH ADA DALAM QURAN KENAPA TIDAK IKUT.DAN JADI KAN AMALAN.JADIKAN QURAN ITU DIRI KITA. JANGAN BACA ORANG BARAT SEBALIKNYA BACA QURANNNNNNN TERPULANG LAH YA ALLAH, BERIKAN HIDAYAH KEPADA UMAT AKHIR ZAMAN INI MEREKA TIDAK MENGERTI AYAT AYAT MU YA ALLAH. ATAU HATI MEREKA TELAH TERTUTUP YA ALLAH BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI UNTUK MU YA ALLAH
PENDAPAT 3
AKU TIADA DAYA DAN UPAYA UNTUK MEMAHAMKAN KAMU , KERANA MUNGKIN KAMU SEMUA TELAH DIMASUKI KEBARATAN.AKU TETAP AMBIL QURAN SEBAGAI PEMIMPIN KUWALAUPUN TAK MAMPU UNTUK MENGIKUTI KESEMUANYAAKU TETAP BERUSAHA MENGALI DAN MENGIKUTI APA YANG TERDAYACUKUPLAH ALLAH BAGIKUTIADA TUHAN SELAIN DIADIALAH YANG MEMILIKI ARASY YANG AGUNGSALAM
PENDAPAT 4AL QURAN PUN ADA MENERAPKAN NILAI MURNI KAN? KENAPA TAK BACA QURAN DAN IKUt DARI QURAN? KENAPA AMBIL NILAI MURNI DARI BARAT ? KENAPA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM TIDAK MEMPAMERKAN NILAI MURNI. Kalau orang islam ambil contoh dari ayat ayat alquran dan mengikuti apa yang di ajarkan alquran, maka orang akan melihat kita ada NILAI MURNI. dan orang akan bertanya Darimanakah Nilai Murni yang sebaik ini yang engkau dapati wahai saudara. maka kita akan menjawab DARI ALQURAN. YANG DITURUNKAN KEPADA KITA MELALUI MUHAMMAD. sebaliknya Kalau orang islam ambil contoh orang barat dan mengikuti conhtoh orang barat atau nilai murni barat, maka orang akan melihat kita ada NILAI MURNI. dan orang akan bertanya Darimanakah Nilai Murni yang sebaik ini yang engkau dapati wahai saudara. maka kita akan menjawab dari orang Australia atau barat....kan Pastu orang akan tanya ....APA UGAMA MERAKA..??? Kita pun jawab....bla bla bla...SELAIN ISLAM...... lalu apa jadi....???...apa anggapannya???
PENDAPAT 5
kita kena sedar... apa yang barat buat untuk kita contohi ada bertujuan dari sudut psikologi untuk menarik umat islam kepada agama mereka. inilah yang umat islam kurang penelitian terhadap tujuan mereka dari sudit psikologi. Dari segi Amnya.....walaupun baik tetapi kita perlu sedar dan sentiasa sedar. dengan kerana itu lah saya berpendapat ada lebih baik kita terus ambil contoh nilai murni dari alquran/rasulullah/para ulama/ustaz ustaz.... sila fikirkan baik baik aduhai adik adik ku sayang sayangilah Tuhanmu dan Agamamu dan Dirimu. YA ALLAH....YA RAHMAN....SUDAH HILANGKAH NILAI MIRNI DARI ORANG ISLAM DAN NEGARA ISLAM SEHINGGAKAN UMAT MUHAMMAD TERPAKSA MENGGALI NILAI MURNI DARI ORANG BUKAN ISLAM..... HANYA ENGKAU YA ALLAH YANG DAPAT MEMAHAMKAN KAMI SEANDAINYA MUHAMMAD MASIH ADA
PENDAPAT 6
mereka memerah otak memikirkan satu konsep untuk membersihkan persekitaran mengikut iklim negara mereka, dengan mudah kita mengikuti mereka ...kerana sikap malas berfikir kenapa kita tidak memerah otak memikirkan sendiri konsep mengikut kesesuaian bagi negara kita sendiri mengikut iklim negara sendiri. patutlah kita buat BANGLO /KONDO atas bukit asyik runtuh jekkkkkk pasai MALAS> PATUTLAH SOFTWARE TERJEMAHAN ALQURAN PUN KITA HARAPKAN INDONESIA YANG BUAT. RASANYA INDONESIA LEBIH MAJU DARI KITA. BOLA SEPAK YANG BERKUALITI ADALAH DI BUAT OLEH INDONESIA. DAH BIASA DENGAN SIKAP MENIRU....MALAS BERFIKIR SENDIRI SAMPAIKAN KEBAIKAN YANG DAH ADA DALAM AGAMA SENDIRI PUN MASIH LAGI NAK IKUT BARAT....SEBAB MALAS BERFIKIR DAN BELAJAR MENDALAMI UGAMA. MALAS BERFIKIR.....SEHINGGAKAN NILAI MURNI PUN TAK BOLEH NAK FIKIR SENDIRI DAN MENGKAJI SENDIRI DALAM KITAB UGAMA SENDIRI. KITA LEBIH SUKA MENIRU TIRU DAN TIRU, LAMA LAMA DIRI PUN JADI TIRUAN. DAH TAK ASLI LAGI DAHHHH. TERLANGGAR /TERSEPAK BATU SAHAJA.....TERUS TERSEBUT....OPS SORI....BUKAN LAGI...YA ALLAH ,,,ATAUPUN ....ALHAMDULILLAH...DAN SEBAGAINYA KALAU ASYIK NAK MENIRU....TIDAK AKAN LAHIR KEGIGIHAN DARI DALAM DIRI SENDIRI DIRI KAMU SUDAH ADA BAKAT YANG SEMPURNA. SILA TERBITKAN. JANGAN ASYIK MENIRU KESIAN UMAT ISLAM ZAMAN INI ANDAI KATA MUHAMMAD MASIH ADA
PENDAPAT 7
Cuba kita fikir baik baik Kita tidak pernah terdengar Rasulullah merotan anaknya. sifat nabi sendiri adalah menyampaikan. bukan merotankan. Rasulullah menyuruh " DIDIKLAH/AJAK/AJAR ANAK KAMU supaya solat KETIKA BERUMUR 7 TAHUN" cuba kita ikut seperti yang di ajarkan OLEH RASUL iaitu didik ketika berumur 7 tahun tetapi kena lanjutkan sehingga umur 9 tahun 11bulan 29 hari. ini kerana nabi berkata " Rotanlah kalau tidak bersolat setelah berumur 10 tahun. jadi tempoh didik atas kanak kanak yang bersih suci itu tanpa rotan ialah 3 tahun. 1 TAHUN 365HARI X 5 WAKTU X 3TAHUN = 5475. RASANYA KANAK KANAK YANG SUCI BERSIH DI AJAK SOLAT 5475 KALI APABILA BERUMUR 10 TAHUN SUDAH TERAMAT BIASA DENGAN SOLAT DAN TIDAK MENINGGALKAN SOLAT KOT SETELAH UMUR 10 TAHUN. SEDANGKAN DIDIK ANAK SUPAYA SOLAT 1 BULAN PUN SI ANAK DAH MENGERTI DAN KALAU BAPAK TAK SOLAT SI ANAK YANG AKAN BERTANYA.....PAK TAK SOLAT KERRRRR. Jadi apakah penekanan nabi itu terhadap didik atau terhadap rotan? SURUHAN rotan oleh rasulullah adalah bagi menunjjukkan betapa islam mengambil berat akan solat...........DAN MENUNJJUKKAN SATU PENEKANAN KERAS SUPAYA SOLAT. Kalau ibubapa tidak mendidik anak dari 7 - 10 tahun lalu anak umur 10 tahun si bapa rotan anak jika tak bersolat.....siapa yang salah?...anak atau bapa.? Dan kalau bapa yang bersalah .....kenapa rotan si anak ketika umur 10 tahun yang tidak bersolat sedangkan yang Rasulullah suruh didik/ ajak 7-10 TAHUN tidak diikuti. ADA SATU LAGI HADIS NABI YANG BERBUNYI ' GANTUNGLAH ROTAN DI RUMAH KAMU' nabi suruh gantung orang ambil faham katanya nabi suruh rotan lah pulak. cucu nabi duduk atas tengkuk nabi ketika nabi sedang solat ....tak lah pulak nabi rotan. kenapa kita sibok sibok nak rotan anak nih....apasal tak didik? rasanya selama ini orang kita salah faham hadis KOT. NAMPAKNYA SI BAPAK NAK KENA ROTAN KERANA TIDAK AJAK ANAK SOLAT. CUBA RENUNG DENGAN MATA FIKIR BAIK BAIK.. KALAU DAH DIDIK 3 TAHUN LALU TAK SOLAT JUGAK MEMENG LAH PATUT DI ROTAN TAPI ADAKAH KITA IKUT NASIHAT NABI AJAK/DIDIK. YANG BAB DIDIK/ AJAK TAK NAK IKUT NABI SURUH....YANG BAB ROTAN NAK NABI IKUT KONON.....APAKE HALLLPendapat-pendapat ini bukanlah dari 7 orang,tapi seorang sahaja.Pandangan yang hamba Allah ini berikan berdasarkan pandangan forumer-forumer yang lain.Ana hanya nyatakan di sini,pandangan seorang hamba Allah ini yang tidak dapat menerima tajuk thread tersebut.Jika keliru,sahabat-sahabat boleh rujuk perdebatan mereka.MasyaAllah umur masih muda-muda sudah bincangkan perkara begini.Pada mulanya ana fikir,pendapat dia betul juga.. Tapi..apa yang terbaik,walaupun dari bukan Islam patutnya kita boleh ambil.Yang paling ketara,mereka ni sangat bersungguh-sungguh untuk mengkaji sesuatu sebelum memerangi musuh mereka.Contoh:Sanggup belajar bahasa Arab untuk memahami al-Qur'an supaya senang membidas org Islam.Supaya orang Islam percaya mereka.Tapi orang Islam???Adakah kita berusaha untuk melawan mereka???Contohilah kesungguhan mereka itu..Bukan memenangkan mereka dengan memasukkan dr kita dalam agama mereka..Contoh lain,orang cina,kebanyakan mereka pandai-pandai.Kenapa? Mereka kata mereka usaha,betul-betul beri tumpuan dalam kelas,so kita ambil yang terbaik tu.Contoh lain,dari forumer2~^_^Saya pernah ke Melbourne. Di sana, pejalan kaki @ lebih glamer pedestrians adalah raja di jalanraya. Pernah saya terlambat berjalan di lintasan zebra tu. Kalau ikutkan, isyarat pejalan kaki dah bertukar merah dah = Lampu hijau. Tapi kereta-kereta dan motosikal yang ada sikit pun tak bergerak lagi. Saya sampai je kat hujung jalan, barulah diorang bergerak. Takjub. Rakyat Malaysia macam mana~?^_^This is only from my own observation n experience so far:1) If you walk into offices, shops, hospitals, at cashiers.. the first thing u noticed is the great hospitality. You feel very welcome. The workers/crews smiled to EVERY customer. Doesn't matter if you dressed untidy, or not wearing a branded clothings. That does not matter. They are less judgmental, and that sometimes can uplift your mood if you were in a bad mood initially.2) They tend to be less judgmental. what you do (weird actions, you can say), what you wear (how outrageous can it be sometimes) is your own thing they just don't care. They care only about them self. (Tak jaga tepi kain org lain).3) Some of them are laid back. I realised this when i got my coursework results. My marks was quite good but not as high as i'd expected, I was a bit upset and frustarted. My Brits course mates looked happy. So i asked what did they got: Only a passed. yes only a passed and they were happy! (terasa lah plak diri ne mcm tak bersyukur jadinya).^_^Ada lagi yg aku sangat suka dgn budaya Barat ini adalah, ketika di dalam bidang pekerjaan, proses lantikan utk mengetuai sesebuah jabatan/organisasi adalah based on Competency, Capability and Credibility. Not on the seniority... If U have that 3C's in western based companies, then u able to survive compared to local based companies...
Al-Hikmatu Doolatul Mukmin fa aina maa wajadahaa fahuwa ahaqqu bihaa
Hikmah itu adalah seumpama barang yang hilang dari orang mukmin maka di mana sahaja dia menjumpainya maka org mukmin itu berhak mengambilnya.Maksudnya di sini,apa jua kebaikan atau kebijaksanaan orang kafir yang kita dapati di mana sahaja adalah warisan orang beriman yang hilang sebenarnya. Di mana jua kita mendapatinya,kembalikan semula hikmah itu dalam praktik hidup kita. Sudah jelaskan.. apa yang baik itu semua dari Islam.. Kita ambil kembali apa yang telah hilang ,itu sahaja...~Apa pendapat antum pula???^_^
author DELTA ADVENTURE at 9:51 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
aku adalah..
org panggil aku mat,faris,alif,along..
my beloved mother juz call me-along..
sekian..
author DELTA ADVENTURE at 11:26 AM 0 comments
Saturday, August 22, 2009
lumrah..
Salam..terlalu banyak kena kopi yg kdg2 aku tgk kopi tu da cm carlsberg da..hitam pekat dan berais..aku sedut sampai nk fentau da kepala ni..adoii..
Terlalu byk kena kopi,aku nk ceritakn ttg lumrah khidupan zaman skrg..
Terlalu byk kena kopi,dipersembahkn..
CERITA 1
Aku slalu meneman my member pergi minum di sebuah err..restoran..ya restoran..pade waktu mlm..lewat mlm..kalu aku tidak ke rumah uncle bob(my boss)..mcm2 cerita sensasi dibuka sesama membe..tiada hakim tiada saksi,juz cerita sensasi di sebuah restoran bhampiran rumahku..ditemani dgn air manis,sejuk..
Well masing2 ada mslh sendiri,mslh dunia,mslh peribadi..ada satu hero melayu,namanya rahsia..
dulu org biasa,skrg tokey kedai..punyai minat mndlm dgn pengalamn hidupnya,dunianya..ey jln berkepak bak org berilmu..ya berilmu..asal boleh org puji,dia mesti buat..citarasa makin besar,otak makin ketat..dgn niat mahu mncuba tapi entah samada difikir atau tidak akn niatnya..but dia in the mood..biarkn,apa kesudahannya,apa yg akn trjadi..yg pnting dia mgkin ade mslh..
Terlalu byk kena kopi,aku mnyambung cerita..akibat selalu mndgr khabr oleh dia ttg niat mahu "mncuba" aku dgn selamba memperbodohkn diri ku..menerima segala khabr dia yg mahu mncuba..entahla mmg ada mslh..aku pun pening nk cerita aduhh..dia adalah org yg punyai lagak confiden,mahu mncari regu yg boleh dia "cuba"..ahh peningnye..
CERITA 2-
AKU PENING..SELAMAT BERPUASA..
SEKIAN...ALIF
author DELTA ADVENTURE at 9:45 AM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
Tuesday, August 18, 2009
tujuh keajaiban duniaada pada diri kita..renungkan
Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari "Tujuh Keajaiban Dunia." Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak- sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi:1) Piramida2) Taj Mahal3) Tembok Besar Cina4) Menara Pisa5) Kuil Angkor6) Menara Eiffel7) Kuil ParthenonKetika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak."SPensyarah berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya."Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, "Saya fikir, "Tujuh Keajaiban Dunia" adalah,1) Dapat melihat,2) Dapat mendengar,3) Dapat menyentuh,4) Dapat menyayangi,Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,5) Dapat merasakan,6) Dapat tertawa,7) Dan, Dapat mencintaiRuang kuliah tersebut sunyi seketika.Pengajaran Cerita Ini:Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "biasa".Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.
author DELTA ADVENTURE at 7:37 AM 0 comments
Monday, August 17, 2009
SEBALIKNYA..
author DELTA ADVENTURE at 6:53 AM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
~DAN SEBENARNYA~
Selesai sudah..
hmm..this time aku kat kuala kubu..
mrsm kuala kubu..satu-satunya mrsm kat selangor..cntik,cntik tmpatnya..selesa utk student and pelawat yg nk dtg..
bg aku student yg blaja kt sane mmg brtuah,lagipun mmg sesiapa yg selected utk blaja kt mrsm mmg the lucky one..well bkn senang nk masuk sane ooo..klu UPSR xde 5A' jgn hrp la form one nk masuk mrsm..yg bharap nk msuk mrsm mase form 4 nnt pun kena la pastikn 7A' above..
Tenaga pngajar pun,setahu aku yg bgus2..expert..ok2 da ckup nk puji2 mrsm ni krg ade yg terasa or meluat..btw mrsm ke smk ke skola swasta semuanya sama..result depend to student..
Orite,kali ni aku juz nk cerite..cerite aku ngn student mrsm..ermm adik2 aku la tu kiranya..
1st word..they all best..nakal?biasalah kalu x nakal,ada la yg x normal tu..tp student mrsm aku pasti sume normal..nape?sbb aku yg bersama diorg 4 2 days..walaupun singkat tp aku sempat mengenali mereka..ya mengenali mereka wat aku gembira lg2 diorg akn hadapi peperiksaan..walau 2 hari tp aku 'padat' dgn diorg..mksud aku,aku bersama mereka hmpir 24 jam..mjalani sesi yg mnjadi pemangkin paradigma bg mereka yg sedar..
Gelak ketawa,heart touching,emosional,pedih,geram,marah,sakit hati,fed up,sedih,bersemangat,dan peha aku melecet mnjadi penghias 4 whole 2 days..owh lupe lg satu..PERUBAHAN..ya aku nmpak perubahan di kalangn mereka..lagu nasyid,nasihat,persahabatan,ketuhanan,patroitik mnjadi peneman mereka..ade jugakla kerut di dahi mereka apabila mndgr lagu2 itu dimainkn lagi2 yg bukn muslim..tp mereka cepat menerima..ALHAMDULILLAH..
Baik,aku xnk cerite pnjg..NK TAU LEBIH?JUZ MESSAGE ME..(AKU LEBIH SELESA BGINI)..ending to that session,sumenye teserlah paradigma yg teranjak dlm diri mereka..itu yg aku nak pada mereka..dan aku yakin mereka sudah bersedia berperang..yeah!! thanks to motivator..segalayg diajar-kepimpinan,kerjasama,korban,ukhwah,ikhlas,kasih sayang,sistem,cara,byk lagi..aku x igt..tp sumenye penting utk mereka..ya PENTING!..THANKS TO PIHAK PENGURUSAN MRSM KKB-BILIK BEST(RUMAH SEBENARNYA)
-MAKANAN SEDAP
-DEWAN CANTIK.
THANKS,THANKS,THANKS...SEKIAN DARI AKU YG HINA....
author DELTA ADVENTURE at 8:36 AM 0 comments
Friday, July 24, 2009
SOALAN
1. Saya tidak marah jika saya dimaki-hamun oleh orang lain
Betul / Salah
2. Saya berasa tenang walaupun ketika kesedihan melanda individu lain di sekeliling saya.
Betul / Salah
3. Jika diserang secara fizikal saya akan marah dan membalas dendam selepas itu.
Betul / Salah
4. Saya mampu menyayangi orang lain tanpa muslihat dan tanpa ketidak-pastian.
Betul / Salah
5. Saya akan bertindak seperti biasa walaupun individu di sekeliling saya sedang marah.
Betul / Salah
6. Secara semulajadi, saya akan berasa risau lebih dari orang lain.
Betul / Salah
7. Kekadang saya cepat berasa malu tanpa sebab yang munasabah.
Betul / Salah
8. Saya akan marah dalam beberapa keadaan atau bila berjumpa mereka yang saya benci.
Betul / Salah
9. Saya sentiasa berasa sesal dan bersalah di atas kesalahan-kesalahan saya di masa lampau.
Betul / Salah
10. Kekadang saya terlalu cepat berasa ‘kecil’ dan diri saya tidak bermakna.
Betul / Salah
11. Kerana terlalu risau, hidup saya selalu berasa tertekan.
Betul / Salah
12. Sesetengah perkara akan membuatkan saya sedih berulang-kali.
Betul / Salah
13. Sifat cemburu sudah menjadi lumrah hidup saya.
Betul / Salah
14. Saya selalu menjadi depressed dan teramat sedih walaupun dalam keadaan biasa.
Betul / Salah
15. Tekanan hidup adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk saya setiap hari.
Betul / Salah
16. Saya tidak menghadapi masalah dengan kejantinaan (sexuality) saya sendiri.
Betul / Salah
17. Apabila perlu, saya akan menangis sekuat hati.
Betul / Salah
18. Saya berasa senang dengan cinta emosi dan fizikal, dan saya senang dengan kasih-cinta.
Betul / Salah
19. Apabila saya berhenti menangis, saya akan berasa teramat lega dan tenang.
Betul / Salah
20. Saya tidak menghadapi masalah menzahirkan kasih-cinta saya dengan perbuatan.
Betul / Salah
JAWAPAN…
Jika anda seorang yang mempunyai E-IQ yang tinggi (yang menunjukkan emosi anda adalah stabil), anda harus menjawab ‘Betul’ untuk Soalan 1 hingga Soalan 5, ‘Salah’ untuk Soalan 6 hingga Soalan 15, dan akhir sekali untuk Soalan 16 hingga Soalan 20 jawapannya ‘Betul’. Jadi, adakah anda mempunyai emosi yang sihat dan stabil, atau sebaliknya? Hanya anda yang tahu!
author DELTA ADVENTURE at 10:12 AM 0 comments
MAHA BIJAKSANA ALLAH YG MAHA MGETAHUI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI..ALLAHUAKBAR!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…SALAM silatulrahim buat semua pembaca myspace bulletin, “hari ini kepada semua sahabat-sahabat yang singgah dibulletin ini. Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan ancaman wabak penyakit yang berbahaya iaitu wabak selsema babi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit seperti wabak selsema burung, denggi, JE, HIV dan chikungunnya.Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :* Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius* Sakit badan* Batuk* Berhingus* Bersin* Sesak nafas* Hilang selera makan* Muntah, dan cirit biritKini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.
author DELTA ADVENTURE at 9:35 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
ACCOMPLISHED
WAHH..!!
PENAT!! PKATAAN YG AKN SERING MNCUL BRSAME AKU UTK MGGU NI..
TP,BKN BMKNE AKU GIVE UP OR MALAS..
PERASAAN DR DUA PKATAAN TU XDE DLM KAMUS HIDUP AKU CETAKAN TRBARU TAHUN 2009,JUGA MMG DUA PKATAAN TU XDE LGSG DLM KAMUS AKU WALAUPUN DLM CETAKN SEBELUMNYE..HRP MKLUM..
JUZ CUME AKU BGTAU AKU PENAT UTK MNANDAKN AKU NI NORMAL SBGAI SEORG MANUSIA..
NAPE AKU PENAT?
SBB APE YG PALING BERAT DLM DUNIA NI SEDANG AKU PIKUL DLM MNGGU NI..
DAN..
PABILA AKU MNULIS DISINI BMKNE AKU DA SETTLE PIKUL APE YG PALING BERAT DLM DUNIA TU..BUT ITS NOT ENDING YET..
IA AKN KMBALI PULANG KPD KU DLM BNTUK LAIN,CARA LAIN,GAYA LAIN SPNJG HIDUP AKU..KERNA AKU YG MEMILIH JLN INI,CARA INI..
TETAPI..AKU HEPI!! APE YG DITNGGUNG BKN BEBAN BG KU..ITS AWESOME..TQ
author DELTA ADVENTURE at 7:27 AM 0 comments
Saturday, July 11, 2009
B.X.T.
settle dah trip ke kelantan n trengganu!!..happening siot..
kenangn terindah la..
bkn senang nk dpt trip free with mkn minum slame kt sane..
4 hari..thanks to all yg sponsor..
rebutia corporation
pbsd gombak
kelabing
jbsns..
n
all members
author DELTA ADVENTURE at 12:24 AM 0 comments
Saturday, June 13, 2009
teka teki IMAM GHAZALI
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya : Imam Ghazali
= ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Orang tua
'Murid 2 = ' Guru
'Murid 3 = ' Teman
'Murid 4 = ' Kaum kerabat
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
' Murid 1 = ' Negeri Cina
'Murid 2 = ' Bulan
'Murid 3 = ' Matahari
'Murid 4 = ' Bintang 2
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama
'.Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?
' Murid 1 = ' Gunung
'Murid 2 = ' Matahari
'Murid 3 = ' Bumi
'Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
'' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
' Murid 1 = ' Kapas
'Murid 2 = ' Angin
'Murid 3 = ' Debu
'Murid 4 = ' Daun-daun
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
'IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? ' Murid 1 = ' Baja
'Murid 2 = ' Besi
'Murid 3 = ' Gajah
'Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?
' Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang
'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
author DELTA ADVENTURE at 9:57 AM 0 comments
Monday, June 8, 2009
accomplished
hot wind the spirit of energy
and
the soul of mystery
author DELTA ADVENTURE at 8:20 AM 0 comments
Sunday, June 7, 2009
TENANG DAN MENDAMAIKAN
BISMILLAH..
siang berlalu senja melewati,
betapa indahnya ciptaan yg maha esa,
memberi seribu satu ketenangan kepada setiap insan,
walaupun malam mula menggamit tiba,
namun masih ada yang kekal di situ,
semata-mata menghargai anugerah tuhan..
BISMILLAH..
sahabat dan berkasih hiasi alam,
tiadakan bercahaya tanpa izin-NYA,
cahaya persahabatan kian kesamaran,
tanpa kukuhnya ukhwah sejati,
tanpa izin-NYA yang maha suci,
syukurlah dipertemuan sahabat sejati..
author DELTA ADVENTURE at 9:47 AM 0 comments
Sunday, May 24, 2009
APLIKASI SURVIVAL DLM KHIDUPN
YA..ingin di-TEKAN-kn apa jua perilaku,pkerjaan..APA JUA DI KHIDUPN KITA..is survival..MENTIONED IT..
survival = ikhtiar hidup
myb someone fkir survival blaku dlm hutan..YA,ITU KEBIASAANNYA..TP..saya ingin mgjk anda bfkir diluar kotak pmikirn..
sjk kita dr stitis air putih hngga jd manusia skrg smuanya ats prinsip survival..sometime saya ter-TANYA2...
knp kebykn manusia mgeluh bila tjadi kesushn di khidupnnya..sedgkn sblum ni ats prinsip survival la seseorg itu bjaya melakukn apa sja..tmasuk MMBUNUH..BTOL KN?
MMG BTOL LA APA YG DIFIRMANKN ALLAH,MANUSIA MMG PELUPA..
SAMA2 LA KITA RENUNGKN APA YG TERTULIS DR SAYA YG HNYA NK BKONGSI PNDPT,LUAHN..UTK SAMA BJAYA KEARAH POSITIF..
-AKU HNYA MANUSIA
author DELTA ADVENTURE at 10:16 AM 0 comments
Monday, May 18, 2009
first time..shhhhh..
hmm..empty..hahaha yela baru pas wat blog..mmgla kosong..alip,alip..
author DELTA ADVENTURE at 8:49 AM 0 comments


