SOALAN
1. Saya tidak marah jika saya dimaki-hamun oleh orang lain
Betul / Salah
2. Saya berasa tenang walaupun ketika kesedihan melanda individu lain di sekeliling saya.
Betul / Salah
3. Jika diserang secara fizikal saya akan marah dan membalas dendam selepas itu.
Betul / Salah
4. Saya mampu menyayangi orang lain tanpa muslihat dan tanpa ketidak-pastian.
Betul / Salah
5. Saya akan bertindak seperti biasa walaupun individu di sekeliling saya sedang marah.
Betul / Salah
6. Secara semulajadi, saya akan berasa risau lebih dari orang lain.
Betul / Salah
7. Kekadang saya cepat berasa malu tanpa sebab yang munasabah.
Betul / Salah
8. Saya akan marah dalam beberapa keadaan atau bila berjumpa mereka yang saya benci.
Betul / Salah
9. Saya sentiasa berasa sesal dan bersalah di atas kesalahan-kesalahan saya di masa lampau.
Betul / Salah
10. Kekadang saya terlalu cepat berasa ‘kecil’ dan diri saya tidak bermakna.
Betul / Salah
11. Kerana terlalu risau, hidup saya selalu berasa tertekan.
Betul / Salah
12. Sesetengah perkara akan membuatkan saya sedih berulang-kali.
Betul / Salah
13. Sifat cemburu sudah menjadi lumrah hidup saya.
Betul / Salah
14. Saya selalu menjadi depressed dan teramat sedih walaupun dalam keadaan biasa.
Betul / Salah
15. Tekanan hidup adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk saya setiap hari.
Betul / Salah
16. Saya tidak menghadapi masalah dengan kejantinaan (sexuality) saya sendiri.
Betul / Salah
17. Apabila perlu, saya akan menangis sekuat hati.
Betul / Salah
18. Saya berasa senang dengan cinta emosi dan fizikal, dan saya senang dengan kasih-cinta.
Betul / Salah
19. Apabila saya berhenti menangis, saya akan berasa teramat lega dan tenang.
Betul / Salah
20. Saya tidak menghadapi masalah menzahirkan kasih-cinta saya dengan perbuatan.
Betul / Salah
JAWAPAN…
Jika anda seorang yang mempunyai E-IQ yang tinggi (yang menunjukkan emosi anda adalah stabil), anda harus menjawab ‘Betul’ untuk Soalan 1 hingga Soalan 5, ‘Salah’ untuk Soalan 6 hingga Soalan 15, dan akhir sekali untuk Soalan 16 hingga Soalan 20 jawapannya ‘Betul’. Jadi, adakah anda mempunyai emosi yang sihat dan stabil, atau sebaliknya? Hanya anda yang tahu!
Friday, July 24, 2009
author DELTA ADVENTURE at 10:12 AM 0 comments
MAHA BIJAKSANA ALLAH YG MAHA MGETAHUI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI..ALLAHUAKBAR!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…SALAM silatulrahim buat semua pembaca myspace bulletin, “hari ini kepada semua sahabat-sahabat yang singgah dibulletin ini. Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan ancaman wabak penyakit yang berbahaya iaitu wabak selsema babi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit seperti wabak selsema burung, denggi, JE, HIV dan chikungunnya.Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :* Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius* Sakit badan* Batuk* Berhingus* Bersin* Sesak nafas* Hilang selera makan* Muntah, dan cirit biritKini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.
author DELTA ADVENTURE at 9:35 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
ACCOMPLISHED
WAHH..!!
PENAT!! PKATAAN YG AKN SERING MNCUL BRSAME AKU UTK MGGU NI..
TP,BKN BMKNE AKU GIVE UP OR MALAS..
PERASAAN DR DUA PKATAAN TU XDE DLM KAMUS HIDUP AKU CETAKAN TRBARU TAHUN 2009,JUGA MMG DUA PKATAAN TU XDE LGSG DLM KAMUS AKU WALAUPUN DLM CETAKN SEBELUMNYE..HRP MKLUM..
JUZ CUME AKU BGTAU AKU PENAT UTK MNANDAKN AKU NI NORMAL SBGAI SEORG MANUSIA..
NAPE AKU PENAT?
SBB APE YG PALING BERAT DLM DUNIA NI SEDANG AKU PIKUL DLM MNGGU NI..
DAN..
PABILA AKU MNULIS DISINI BMKNE AKU DA SETTLE PIKUL APE YG PALING BERAT DLM DUNIA TU..BUT ITS NOT ENDING YET..
IA AKN KMBALI PULANG KPD KU DLM BNTUK LAIN,CARA LAIN,GAYA LAIN SPNJG HIDUP AKU..KERNA AKU YG MEMILIH JLN INI,CARA INI..
TETAPI..AKU HEPI!! APE YG DITNGGUNG BKN BEBAN BG KU..ITS AWESOME..TQ
author DELTA ADVENTURE at 7:27 AM 0 comments
Saturday, July 11, 2009
B.X.T.
settle dah trip ke kelantan n trengganu!!..happening siot..
kenangn terindah la..
bkn senang nk dpt trip free with mkn minum slame kt sane..
4 hari..thanks to all yg sponsor..
rebutia corporation
pbsd gombak
kelabing
jbsns..
n
all members
author DELTA ADVENTURE at 12:24 AM 0 comments