CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 14, 2009

KISAH ABABIL DAN TENTERA BERGAJAH ABRAHAH

Di dalam Al-quran Allah ada menceritakan tentang kisah tentera bergajah dan juga burung ababil. Tetapi perlu diingatkan Al-Quran itu bukan cerita yang dibuat-dibuat tetapi Al-Quran itu menjelaskan segala sesuatu dan pada kisah-kisah tersebut terdapat pelajaran bagi orang yang berakal.
Banyak riwayat yang tersebut dalam kisah tentera bergajah ini. Ada riwayat yang menyatakan tentera bergajah hancur kerana wabak cacar yang dihantar oleh Allah melalui kuman yang dibawa oleh binatang atau serangga yang boleh terbang seprti lalat. Ada riwayat juga menyatakan yang burung membawa 1 batu kecil pada paruh dan dua batu kecil pada kedua-dua belah kaki lalu dilontar kepada tentera bergajah dan batu itu hanya sebesar kacang dal.Kemusykilan pula timbul bilamana dikatakan bagaimana tentera bergajah boleh berada di kawasan padang pasir?Sedangkan pada masa tersebut binatang tunggangan adalah terdiri daripada kuda, unta dan keldai. Ada yang menyatakan tentera bergajah itu datang dari Afrika. Adakah gajah mampu bertahan di kawasan padang pasir dengan badannya yang besar?Tidakkah gajah akan terjerlus ke dalam pasir kerana kakinya tidak sesuai untuk berada di padang pasir?Hakikatnya ramai manusia yang cuba mempertahankan hujah masing-masing. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Ada sesuatu yang tersirat yang Allah cuba sampaikan dalam kisah ini.Jika kita lihat dari sudut ketenteraan, tentera bergajah adalah sebuah tentera yang kuat. Di mana pada waktu itu tidak ada yang mampu menandingi kekuatan seekor gajah. Dan gajah adalah terdiri daripada haiwan darat. Maka tentera bergajah ini adalah sebuah tentera darat yang sangat kuat.Tetapi bagaimana tentera darat ini dikalahkan? Bila kita lihat pada surah Al-Fiil ayat ke-3, Allah mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong(Ababil).
Maksud Ababil adalah berbondong-bondong. Dan burung itu melemparkan mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar seperti yang terdapat dalam ayat ke-4. Jadi apa yang hendak dimaksudkan dengan burung dan batu yang terbakar ini?Burung adalah sejenis binatang yang boleh terbang dan sentiasa berada di udara.Adakalanya mendarat di kawasan tempat tinggalnya. Dilihat dari sudut ketenteraan burung yang berbondong-bondong ini adalah sebuah tentera udara.Bagaimana pula tentera udara ini menghancurkan tentera darat? Dengan membawa batu yang terbakar iaitu sejenis bahan yang sememangnya boleh terbakar.Maka batu yang terbakar itu diumpamakan seperti bom. Jadi burung yang membawa batu terbakar itu adalah seperti jet yang membawa bom-bom.Kisah tentera bergajah dan burung ababil itu sememangnya kisah yang nyata di dalam Al-Quran.Sehingga di wahyukan dalam surah ke 105 iaitu Surah Al-Fiil. Tetapi kisah tersebut bukan setakat mati di situ sahaja sebagai cerita sejarah.Ia haruslah di ambil iktibar dan pelajaran.Maka apa pelajaran yang boleh diambil dari kisah ini ialah untuk mengalahkan tentera darat adalah melalui tentera udara! Maha Besar Allah. Allah itu Maha Berilmu. Allah sudah mengajarkan kepada umat Islam strategi ketenteraan lebih kurang 1400 tahun yang lampau. Jadi kita lihat balik keadaan sekarang. Siapa yang terlebih dahulu mengaplikasikan Al-Quran ini. Sama-sama fikirkan.

ASHABUL KAHFI

Firman Allah dalam Al-Quran:
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
"(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
"Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
“Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
“(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
“Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.
Al-Quran (
Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)

Wednesday, September 9, 2009

SATU MALAYSIA

Bila ku dengar Irama lagu yang satu Hati bertambah sayu Terkenang kampung halamanku Nah ! Di sini ku berdiri Kau akan melalui Ku pernah merasai Heyy ! Ahh !! Garam pernah ku rasa Intan dengan permata Sudah dapat dibeza Kematanganmu juga nampak dewasa Langit yang ku junjung Bumi yang ku pijak Irama rentak lagu Tiada bezanya Ikutilah rentakku Hayati irama Berganding kita bersama Kini kita berdua Megah meranjau masa Engkau dan aku sama Tiada sempadan usia Jejak dan langkahku Kekadang keliru Menangis tiada lagu Tunjukkanlah haluan Agar tidak tertunggu Heyy ! Kini tiba ketika Joget zapin dan inang Kita akan berdendang Langkah kiri dan kanan Bersama tiada bezanya Heyy ! Kini tiba ketika Joget zapin dan inang Kita akan berdendang

Monday, September 7, 2009

orkid-kehidupan manusia



orkid liar hanya boleh dijumpai di hutan tebal dan masih lg tidak tercemar..apa maknanya jika ianya dibandingkn dgn kehidupan kita sebagai manusia..