Salam rekreasi kepada pembaca.
Kami BOA(bestari Outdoor Adventure) ingin menawarkan kepada anda di luar sana pakej di Nur Laman Bestari Eco-Resort,Ulu yam.Perjalanan anda ke resort ini pastinya tidak sia-sia dengan keindahan dan harga yang berbaloi.
Di Nur Laman Bestari menawarkan pelbagai pakej sedari pelajar sekolah hingga ke korporat dan ianya fleksibel.Semuanya hanya untuk kepuasan anda.Pelbagai fasiliti yang tersedia.
Anda berminat bermalam dengan orang yang tersayang mahupun bersama family dalam suasana keheningan hutan yang masih segar dan dengan deruman air sungai yang jatuh di jeram yang pastinya membangkitkan suasana harmoni dan menyegarkan?chalet-chalet di Nur Laman Bestari telah tersedia dengan kebanyakannya dibina di tepian sungai dan pasti menjadi pilihan anda.
Harga chalet bermula dari RM70-RM180 semalam bagi seorang
Kewujudan sebuah tasik buatan di tengah-tengah resort pastinya menggamit pelbagai perasaan,buat pencinta alam ianya bagaikan satu anugerah kerana menimbulkan pemandangan yang indah.Terdapat 2 wakaf terapung,1 dewan terapung dan 2 buah gazebo menjadi tempat berehat mengalas punggung bagi yang penat berjalan-jalan di sekitar kem yang memiliki keluasan 15 ekar ni.
Bagi yang ingin mengadakan program latihan ataupun hari keluarga,di Nur Laman Bestari Eco-resort menyediakan kemudahan dormitori yang boleh memuatkan hampir 200 orang pada satu-satu masa serta 5 buah dewan yang tersedia lengkap dengan PA system serta skrin projektor.
Harga pakej DORM + DEWAN + PA SYSTEM + MAKAN 6 KALI UTK 2 HARI 1 MALAM BAGI SEORANG
ADALAH RM67
Mini stadium juga terdapat di Nur Laman Bestari,jadi kepada yang ingin mengadakan acara seperti sukaneka atau 'gathering' berskala besar,ianya tiada masalah di Nur Laman Bestari.
Tarikan lain di Nur Laman Bestari adalah dengan adanya kemudahan dan pengendalian aktiviti rekreasi dan lasak.Nur Laman Bestari mempunyai Arena Paintball sendiri.Bagi yang berminat dengan aktiviti rekreasi dan mencabar,terdapat pelbagai aktiviti mahupun program yang bersesuaian antaranya

Kembara Hutan - mengenal flora dan fauna,ilmu ikhtiar hidup,nightwalk dsbnya.
Flying Fox
Berakit
Berkayak
Kompas Pandu Arah - night orienteering,classic orienteering dsb.
Team Building Games
Treasure Hunt
Explorace
Scavenger Hunt
River Tubing
River Tracking
Abselling - waterfall & 60 metre nature limestone wall
dan banyak lagi...
Harga boleh dibincangkan.
Khidmat pengendali program juga tersedia di Nur Laman Bestari,dengan kepakaran dan pengalaman melebihi 15 tahun,pastinya mampu membuatkan anda tersenyum dan berpuashati dengan khidmat yang diberikan.
Harga boleh dibincangkan.
Apa lagi yang anda mahu tahu?datang terus ke Nur Laman Bestari eco resort yang telah tersenarai dalam pusat-pusat perlancongan yang harus dilawati di Selangor dalam Tourism Malaysia.Hantarkan emel anda di faris@rebutia.com.my untuk maklumat lanjut serta tempahan.
Terima kasih.
'We Serve to the nature adventure'
'Dekat di mata,lekat di hati'
Wednesday, June 15, 2011
PAKEJ ISTIMEWA DI NUR LAMAN BESTARI
author DELTA ADVENTURE at 11:21 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)