CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 24, 2009

SOALAN
1. Saya tidak marah jika saya dimaki-hamun oleh orang lain
Betul / Salah
2. Saya berasa tenang walaupun ketika kesedihan melanda individu lain di sekeliling saya.
Betul / Salah
3. Jika diserang secara fizikal saya akan marah dan membalas dendam selepas itu.
Betul / Salah
4. Saya mampu menyayangi orang lain tanpa muslihat dan tanpa ketidak-pastian.
Betul / Salah
5. Saya akan bertindak seperti biasa walaupun individu di sekeliling saya sedang marah.
Betul / Salah
6. Secara semulajadi, saya akan berasa risau lebih dari orang lain.
Betul / Salah
7. Kekadang saya cepat berasa malu tanpa sebab yang munasabah.
Betul / Salah
8. Saya akan marah dalam beberapa keadaan atau bila berjumpa mereka yang saya benci.
Betul / Salah
9. Saya sentiasa berasa sesal dan bersalah di atas kesalahan-kesalahan saya di masa lampau.
Betul / Salah
10. Kekadang saya terlalu cepat berasa ‘kecil’ dan diri saya tidak bermakna.
Betul / Salah
11. Kerana terlalu risau, hidup saya selalu berasa tertekan.
Betul / Salah
12. Sesetengah perkara akan membuatkan saya sedih berulang-kali.
Betul / Salah
13. Sifat cemburu sudah menjadi lumrah hidup saya.
Betul / Salah
14. Saya selalu menjadi depressed dan teramat sedih walaupun dalam keadaan biasa.
Betul / Salah
15. Tekanan hidup adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan untuk saya setiap hari.
Betul / Salah
16. Saya tidak menghadapi masalah dengan kejantinaan (sexuality) saya sendiri.
Betul / Salah
17. Apabila perlu, saya akan menangis sekuat hati.
Betul / Salah
18. Saya berasa senang dengan cinta emosi dan fizikal, dan saya senang dengan kasih-cinta.
Betul / Salah
19. Apabila saya berhenti menangis, saya akan berasa teramat lega dan tenang.
Betul / Salah
20. Saya tidak menghadapi masalah menzahirkan kasih-cinta saya dengan perbuatan.
Betul / Salah
JAWAPAN…
Jika anda seorang yang mempunyai E-IQ yang tinggi (yang menunjukkan emosi anda adalah stabil), anda harus menjawab ‘Betul’ untuk Soalan 1 hingga Soalan 5, ‘Salah’ untuk Soalan 6 hingga Soalan 15, dan akhir sekali untuk Soalan 16 hingga Soalan 20 jawapannya ‘Betul’. Jadi, adakah anda mempunyai emosi yang sihat dan stabil, atau sebaliknya? Hanya anda yang tahu!

0 comments: