CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 12, 2010

KISAH LEBARAN DARI AKU...

Alhamdulillah..1 syawal dtg lagi..tua muda miskin kaya semua bergembira menyambut lebaran setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta pelbagai dugaan sepanjang bulan rahmat dan keberkatan,Ramadhan.

Terharu juga kerana terpaksa meninggalkan ramadhan.Bagi aku,bulan tersebut cukup bahagia dan menyeronokkan.Bulan tersebut memberi aku pelbagai perkara positif dan banyak membuat perubahan dalam diri aku.Aku harap kepada rakan dan sahabat2 yang lain pun turut merasainya.

Hampir sepanjang Ramadhan, aku merasakan schedule aku penuh. daripada bersahur sehinggalah ke qiammullail.Bersama Imam Muda Azhar dan berprogram di masjid serta pelbagai lagi aktiviti.

Terima kasih kepada seseorang yang banyak membantu aku melalui bulan rahmat ini. Alhamdulillah. Setelah sebulan, tibalah juga hari raya yang dinantikan oleh seluruh umat islam di dunia.

Sememangnya anda yang merencana hidup anda menjadi lebih menarik dan seronok serta berfaedah,apabila itu yang anda lakukan maka lebih banyak perkara positif akan datang dan membuat hidup lebih menarik.terima kasih kepada kedua-dua bos aku,dmereka yang membuat aku pegang kata-kata ini, dan ya,ianya memang betul-betul terjadi..

Raya kali ini masih lagi menggembirakan bagi diri aku.Walaupun tidak dapat beraya bersama orang tersayang dek kerana kekangan dan masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku reda kerana aku tahu Allah mahu memberikan yang lebih baik atas masalah ini.

Aku anda tema tersendiri untuk raya kali ini. Kampung,hutan,kabus,ayam itik,dusun,sungai(walaupun macam parit..heheheh), ketenangan, jauh dari bandar, buah, orang baru, kucing, masakan kampung yang sedap, dan kerja aku antara menjadi ayat yang menghias raya kali ini.Terasa syahdu juga.

Masa yang sama, aku tahu ibundaku dilanda kesedihan kerana aku tidak dapat bersamanya..2 hari menangis..sabarlah ibu,along balik juga nanti..dalam tempoh 3 hari beraya,aku banyak jalan-jalan..dari pantai timur ke selatan..resam anak kembara,begitulah..

Apa-apa pun, aku bersyukur Allah masih memberikan peluang kepada aku untuk menikmati hari lebaran untuk kali ini.Syukran..syukran..

0 comments: